Tuesday, June 18, 2013

Pilihan di tangan anda

Kebelakangan ini, terlalu banyak isu yang diperbincangkan di kalangan orang ramai. dari politik, kesihatan, rumahtangga, kerja, etc. Sudah fitrah manusia yang menginginkan kesempurnaan dan mencari yang terbaik untuk diri. Kesemua isu ini juga tidak boleh terpisah dari agama kerana agama tidak pernah terpisah dari kehidupan kita seorang manusia.Oleh itu, setiap dari kita memang tidak boleh tidak mengendahkan perkara tersebut.

Tidak mahu menyentuh bab politik, kerana isu politik jauh dari gapaian kekuasaan sendiri. tetapi dalam isu kesihatan, kuasa ada di tangan setiap manusia tetapi masih dengan keizinan dari Allah. Kita boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam, berfikiran positif dan bersilaturrahim bagi memastikan kesihatan diri berada di tahap optima. Segala tindakan yang dilakukan pada hari ini akan menentukan bagaimana kehidupan pada masa hadapan.

Jika dilihat kepada trend semasa, ramai dari kalangan rakan-rakan serta ahli keluarga yang memasarkan produk kesihatan. Ia satu petanda yang baik kerana kesedaran terhadap perlunya mengamalkan pemakanan yang sihat semakin meningkat. Walaubagaimanapun, tidak cukup sekadar memasarkan produk, setiap mereka perlu mempunyai ilmu tentang kesihatan, penyakit, pemakanan, diet yang seimbang dll supaya produk yang dijual tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai. Tingkatkan ilmu dengan menggiatkan lagi bacaan dari pelbagai sumber serta rujuk kepada pakar atau mana-mana individu yang 'competent' dalam bidang yang tertentu agar keperluan diri dan orang ramai dapat dipenuhi secara effektif dan effisyen.

Oleh itu, pilihlah sesuatu dengan akal bukan dengan hati. Tetapi naluri hati juga tidak boleh ditolak sepenuhnya kerana kadangkala ia perlu. Seterusnya minta petunjuk dari Allah dan bertawakkal kepadaNya. Semoga pilihan itu adalah yang terbaik untuk diri kita.